Sunday, November 3, 2013

Hikayat Tuan Puteri Meong dan Raja Kuya

Bismi’llahirrahmanirrahim. Alkisah maka kata sahibul hikayat, sebermula ada sebuah hutan rimba terlalu amat luasnya. Hiduplah seekor tuan puteri dari kerajaan bangsa binatang kucing. Tuan puteri Meong namanya. Terlalu amat baik parasnya. Terlalu baik parasnya tuan puteri Meong itu tiada tara diantara segala bangsa binatang didalam hutan rimba itu. Maka masyhurlah wartanya kepada seluruh penghuni rimba akan baik parasnya. Segala raja di penjuru negeri dibawah duli tuan puteri Meong. Maka banyak binatang yang ingin meminangnya, kurang esa sudah empat puluh binatang yang meminangnya dengan persembahan manikam bertathtakan emas yang amat banyaknya. Maka ditolaknya pinangan itu karena tiada yang disuka tuan puteri Meong dari segala pinangan itu. Akan tetapi lakunya terlalu manja Tiada yang ia mau ia kerjakan selain mentitah segala dayang-dayangnya dan hulubalangnya untuk menjalankan kehendaknya. Hatta beberapa lamanya, setelah tuan puteri Meong jenuh akan menetap di istana, maka tuan puteri Meong ingin berjalan sekedar melihat-lihat diluar sana. Maka tuan puteri Meong bersahut didalam hati “ingin aku beroleh ikan segar-segar kesukaanku tanpa diketahui seorangpun termasuk itu dayang-dayangku”. Syahdan lalu tuan puteri Meong pun menanggalkan segala pakaiannya seperti fakir yang amat papa, sehingga terlihat bagaikan darwis. Tiada yang tahu akan perihal itu bahkan dayang-dayangnyapun. Maka tuan puteri Meong pun menamai dirinya Munaroh. Hatta beberapa lamanya Munaroh hendak pergi daripada istana menuju ke pesisir pantai putih, kota kerajaan kura-kura hendak ingin beroleh ikan segar-segar kesukaannya dengan diantar kuda sambil mengudungkan wajahnya dengan kain putih kuma

Pernah Munaroh mendengar wartanya bahwasanya pesisir pantai putih itu dirajai seekor kura-kura. Raja Kuya namanya. Terlalu amat baik parasnya lagi pandai bijaksananya terhadap segala rakyat kura-kuranya. Penasaran Munaroh akan rupa dan perangai Raja Kuya itu. Syahdan saat dayang-dayang hendak mempersembahkan mainan gumpalan sutera kepada tuan puteri Meong di dalam peraduannya, tiada ia beroleh apa-apa selain pakaian kerajaan tuan puteri Meong yang ditanggalkan daiatas geta bertahtakan mutu manikam keemasan. Maka dayang-dayang itu hendak bertahrik sekeras-kerasnya dalam tangisnya. Maka sahut dayang-dayang “Tolong, tuan puteri Meong tiada di peraduan. Tuan puteri Meong hilang”. Setelah itu diberitahulah warta kepada segala hulubalang serta segala rakyat bangsa kucing. Maka tersebarlah wartanya bahwasanya tuan puteri Meong hilang ditawan seorang yang tiada diketahui. Setelah diketahuinya tuan puteri Meong, maka hulubalang dan dayang-dayang beserta segala rakyat kucing pergi menuju segala arah hendak memperoleh tuan puteri Meong. Tiada yang tahu bahwasanya tuan puteri Meong hendak berubah menjadi seorang darwis bernama Munaroh. Syahdan sampailah Munaroh di pantai pesisir putih yang terlalu indah. Dihampari pelbagai pasir putih dimana-mana beserta dipagari nyiur yang melambai-lambai diterpa angin. Si darwis Munaroh terlalu sangat bersuka cita setelah melihat ikan segar-segar yang di juali seekor kura-kura di pinggir pesisir. Munaroh berkata dalam hati “tiada merugi aku mengunjungi tempat pesisir pantai putih ini”.


Maka saat Munaroh hendak menuju penjual ikan segar-segar, dihalanginya oleh beberapa kawanan kepiting penyamun yang mempunyai capit yang terlalu amat besarnya. Kepiting ini hendak mengganggu serta berniat membuka kudung yang dipakai Munaroh. Penasaran akan rupa parasnya. Maka setelah itu datanglah Raja Kuya yang hendak melindungi Munaroh itu. Maka sahut Raja Kuya “Hai kepiting penyamun yang hina, janganlah kau apakan fakir itu, sesungguhnya fakir itu ialah budak belian yang baharu aku beli dari saudagar kucing di negeri seberang. Lepaskan fakir itu segera atau kupenggal lehermu menjadi dua”. Maka kepiting penyamun itu bersahut “sungguh hamba tiada khilaf, Baginda. Sesungguhnya orang ini bermula berniat jahat ingin mencuri ikan-ikan segar yang dijual para saudagar.” Maka Munaroh pun bersahut “Demi Allah dan Rasulnya, untuk apalah aku berniat hendak demikian. Yang mulia Baginda, hamba masih beroleh beberapa emas kepingan yang cukup untuk membeli ikan segar-segar. Hai kepiting penyamun, tiadalah engkau takut akan siksaan Allah Subhanahu wataa’ala? Bahwasanya fitnah itu lebih keji daripada pembunuhan?”. Maka Raja Kuya pun bertitah “Bawalah kepiting penyamun ini ke penjara bawah air, supaya insyaf mereka. Setelah itu, Munaroh pun melihat rupa Raja Kuya dan timbullah sukacita dihatinya. Akhirnya setelah itu para penyamun kepiting itu ditawan oleh beberapa penjaga. Maka Raja Kuya pun bersahut “Hai fakir, siapa gerangan engkau? Darimana asalmu?”

Maka Munaroh bersahut “Yang diperhamba ini datang dari negeri Rimba seberang dari kerajaan kucing dan nama diperhamba Munaroh. Bahwa hamba dititah baginda tuan puteri Meong untuk beroleh ikan segar-segar. Ampun beribu ampun Raja Kuya”. Maka titah Raja Kuyapun “Jikalau demikian, ikuti aku menuju ke istanaku agar hulubalangku menghantarmu pulang ke negerimu. Negeri ini sungguhlah tiada aman”. Maka Sahut Munaroh “ Mana titah ke bawah duli hamba junjung”. Syahdan kemudian di negeri kerajaan kucing sedang huru-hara usaha beroleh tuan puteri kucing, tetpai tiada dapat. Maka para hulubalang dan dayang-dayang membuat sayembara kepada khalayak yang disebar burung merpati pembawa warta agar disuarkan ke segala penjuru negeri. Sehingga tersiarlah wartanya tuan puteri Meong hilang. Hatta beberapa lama saat diperjalanan menuju istana Raja Kuya, terlihat seekor burung pembawa warta menghampiri Raja Kuya agar diberitahunya perihal ditawannya tuan puteri Meong. Setelah melihat rupa fakir Munaroh, burung pembawa warta itu sembah dengan suka cita dengan menyahut “Oh tuan puteri Meong rupanya sedang beserta Raja Kuya”. Munaroh pun berpura-pura tiada kenal dan mencoba mengelak kepada burung pembawa warta itu beserta kepada Raja Kuya. Raja Kuya pun tercengang serta tertawa mengilai-ilai melihat tindakan burung pembawa warta itu. Setelah itu baharulah Munaroh bercerita jujur kepada Raja Kuya bahwasanya ia ialah tuan puteri Meong yang sesungguhnya yang sedang menyamar. Maka dibukalah kudung dimukanya, terlihat amat baik parasnya membuat Raja Kuya tambah bersukacita hatinya dan disembahnya tuan puteri Meong itu. Maka sahut Raja Kuya “Ampun beribu apun tuan puteri Meong telah mencela segala wibawa tuan puteri Meong”.


Maka sahut tuan puteri Meong “tiada bersalah daripada ihwal itu Raja Kuya. Akulah yang bersalahan telah menjadi fakir darwis tiada diketahui orang sekalian”. Maka setelah itu dihantarnya semua menuju daripada istana Raja Kuya. Tuan puteri Meong dipersembahkan pakaian-pakaian yang indah-indah. Dikenakan pakaian itu membuat tambah elok parasnya. Setelah itu tuan puteri Meong dijamu dengan hidangan dan minuman yang lazat-lazat. Setelah itu dipinangnya tuan puteri Meong dengan persembahan pelbagai mutu manikam bertahtakan emas. Disyahkannya pinangan itu dengan suka cita daripada tuan puteri Meong. Hatta beberapa lamanya diadakan pesta perkawinan amat besar sesuai adat kerajaan binatang. Akhirnya berduapun asyik bersuka cita di atas geta bertahtakan mutu manikam yang diarak-arak segala penjuru oleh hulbalang tuan puteri Meong beserta hulubalang Raja Kuya sebagai pengantin baharu. Tamatlah hikayat antara tuan puteri Meong dengan Raja Kuya yang dihikayatkan kepada sebelas hari bulan April, 2009. Enam belas hari bulan Jumadil-awal kepada hari Sabtu, 1430.

No comments:

Post a Comment